Jangan Sedih Jika Belum Dikurniakan Anak

 1 April 2015

Anak merupakan harta yang sangat bernilai dalam kehidupan kita. Mempunyai anak ialah suatu nikmat yang tiada tandingannya. Kebahagiaan rumahtangga dan keceriaan sebuah keluarga akan lebih dirasai dengan adanya gelak ceria anak tersayang.

Tanpa anak, agak sukar untuk mengekalkan kebahagiaan yang sedia ada. Pasangan yang telah berkahwin jarang sangat yang tidak menyimpan impian untuk memiliki anak sendiri. Walau sesibuk mana pun masa yang mereka ada, mereka mencari ruang berusaha untuk memiliki anak sendiri.


Kadang-kadang tu, kita sudah berusaha sedaya yang mampu. Akan tetapi benih yang dititipkan belum berjaya menghasilkan apa yang kita kita impikan. Mungkin belum sampai masanya. Terimalah ujian ini dengan hati yang redha. Disamping meneruskan usaha sehingga berjaya melahirkan zuriat sendiri.

Kadang kala tu, kita yang sudah dianugerahkan anak tidak merasa perit yang ditanggung oleh mereka yang terdesak untuk memiliki anak sendiri. Ada ketikanya kata-kata yang kita luahkan itu mengguris perasaan mereka yang terlibat. Sedangkan kita tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mereka.

Hati pasangan yang belum dikurniakan anak ni, sangat sensitif. Tidak dinafikan. Mereka terpaksa menempuh suasana dan situasi yang berbeza dengan kita. Mak mertua nak anak. Mak sendiri sudah terlampau mendesak untuk menimang cucu.

Sedangkan kita telah berusaha sedaya yang mampu. Namun, tiada rezeki yang dikurniakan lagi. Apa boleh buat. Diwaktu inilah perhatian dan sifat perihatin perlu ditonjolkan oleh pasangan tersebut. Bukan saling menuding jari.
“Awak ni mandul ke?”
“Semua ini awaklah puncanya…”
Sesuka hati dan sesedap rasa cakap macam tu. Seboleh-bolehnya setiap pasangan saling bantu membantu untuk menempis segala perasaan negatif yang hadir. Bukan menambahkan lagi keperitan yang dirasai. Betul tak?

Kadang-kadang tu kita terdetik sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.
“Kawin pun susah. Tak kawin pun susah…”
Disebabkan oleh tekanan masyarakat sekeliling, pelbagai teknik dan cara yang telah kita rangka untuk melahirkan zuriat sendiri. Setiap petua dan saranan orang tua-tua, semuanya telah kita praktikkan. Namun impian masih belum berjaya dirialisasikan.

Bersabarlah. Dan jangan bersedih jika belum berjaya dikurniakan zuriat sendiri. Doa selalu dan teruskan berusaha.

Tidak dinafikan, pelbagai produk yang dijual dipasaran online mahupun offline. Tetapi awas. Sila pastikan dahulu produk tersebut daripada mereka yang pakar. Doktor mahupun penjual produk itu sendiri.

Jangan menyesal dikemudian hari. Dan jangan biarkan nasi yang ditanak itu menjadi bubur. Kelak diri sendiri yang merana.

Pendek kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dan apabila berjaya menghasilkan anak sendiri, sudah pastinya kegembiraan yang akan dirasai. Terlampau gembira sampaikan kita tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata. Dan senyum sepanjang masa. Sampaikan orang tengok pun, naik menyampah.

Itulah hakikat kegembiraan yang kita akan rasai bilamana mendapat berita sangat mengujakan itu. 

Sumber: http://pondokkecil.com/blog/jangan-sedih-jika-belum-dikurniakan-anak/