Amali (Belajar) Bersedekah Bantu Mangsa Banjir Kelantan 2015

8 Mac 2015

Satu program Tabung Bantuan Banjir 2015 yang telah dianjurkan pusat didikan Tadika / Taska Tunas Ilmu dengan menerapkan eleman ikhlas, menghayati erti sedekah dan infaq harta melalui peristiwa banjir negeri Kelantan yang lalu. 

Jumlah sumbangn terkumpul sebanyak RM454.00 telah diserahkan kepada Yayasan Ikhlas yang telah turun kelapangan membantu mangsa banjir di sana. 

Pihak kami merakamkan perasaan bangga terhadap anak-anak di bawah didikan kami sehingga berjaya mengumpul sejumlah wang tunai sebanyak ini. Syabas dan tahniah anak-anak!