Mendidik Anak Erti Tanggungjawab

2 Januari 2015


Seseorang manusia yang sama ada bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan latar belakang keluarga dan juga bagaimana didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa sejak dari usia kecil lagi. Latar belakang dan didikan ibu bapa selain dari guru-guru di sekolah memainkan peranan yang penting. 

Tanggungjawab tu adalah satu perkataan yang besar maknanya. Lebih-lebih lagi bagi kita yang dewasa ni. Bertanggungjawab di atas kehidupan, bertanggungjawab di atas kelakuan, bertanggungjawab di atas perbuatan, bertanggungjawab ke atas segala-galanya... Bagi mereka-mereka yang bergelar ibu bapa macam Farah ni, lagilah...selepuk bap...hamik ko kat situ...Bukan senang ooo nak pikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Nampak macam, awak gembira, saya gembira... awak ibu bapa, saya pun ibu. Ha macam tulah, tapi masing-masing mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat terhadap anak-anak. Tu sebab bila anak-anak tak menjadi, anak-anak buat perangai, anak-anak kurang sopan dengan ibu bapa...Hiba dan sedih jer hati ibu bapa tu... Walaupun tinggi sedikit jer intonasi suara anak kepada ibu bapa tu... Sebab... apa yang ibu bapa rasa... rasanya dah didik dengan sebaiknya tapi kecewa bila anak buat macam tu atau rasa dah salah di dalam mendidik anak-anak... Hiba dan sedih tu bila anak meninggikan suara sebenarnya berbaur antara tindakan anak pada ibu bapa dan pertanyaan kepada diri sendiri... di manakah silap yang sebenarnya... 

Kelebihan bila kita melatih serta mendidik anak untuk menjadi bertanggungjawab ni adalah anak-anak akan membesar dengan gembira dan menjadi seseorang individu yang lebih berjaya dewasa kelak. Sesiapa yang gagal untuk memperoleh skil kehidupan yang satu ni iaitu TANGGUNGJAWAB sebenarnya akan menukarkan kisah hidup kepada cerita seram dan juga personaliti yang tidak disenangi ramai.

Tunjukkan Contoh Yang Baik
Memanglah dikatakan lebih senang berkata-kata, lebih senang menaip dari melakukan. Tapi ianya amat penting kot? Pembelajaran anak-anak yang paling cepat serap pada minda mereka adalah kelakuan, percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka sendiri. Biarkan anak-anak melihat kita mengemas katil di waktu pagi dan terangkan kepada mereka kenapa kita lakukannya. Latih mereka kemas katil dan janji kepada mereka kalau mereka mengemas katil setiap pagi, kita akan bawa mereka berjalan-jalan di taman. Bawa mereka ke tempat kerja kita kalau ada kesempatan dan ruang serta tunjukkan apa yang kita lakukan. Mematuhi undang-undang jalan raya. Mungkin agak dangkal atau cetek dari segi tindakan dan perbuatan ini bagi sesetengah orang di luar sana, tapi perkara ni penting untuk terangkan kepada anak-anak tentang apa yang kita lakukan sebagai orang dewasa bukan ikut sedap tekak atau suka-suka. Yang penting ibu bapa kena terangkan kepada anak-anak tentang setiap tindakan dan perbuatan mereka.

Bermula Dari Peringkat Awal Dan Berkembang Dengan Kadar Yang Sepatutnya
Ibu bapa boleh mula melatih anak-anak untuk memikul tanggungjawab seawal umur anak-anak 3 tahun. Bagi mereka sesuatu yang senang seperti meletakkan pakaian kotor ke tempat yang telah dikhaskan ataupun latih mereka mengemas barang permainan setelah bermain. Bukanlah bermaksud kena bagi perintah kuku besi dengan nada serius sampai anak naik takut atau rasa macam tak suka diarah itu ini. Kenalah pakai ilmu psikologi giteww supaya mereka rasa seronok untuk melakukannya. Ajar anak untuk menghargai keindahan kebersihan dan ruang yang teratur serta kemas. Boleh jer kalau ikut bermain bersama anak-anak. Main doktor pesakit ke? Lepas tu kita berpura-pura sakit sebab terjatuh tergelicik sebab terpijak kulit pisang yang licin dan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Kira-kira anak jadi doktor kita jadi pesakitlah ni...Hik hik hik...

Semakin meningkat usia anak-anak, tanggungjawab mereka juga perlu ditambah dengan kerja-kerja atau rutin-rutin yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Galakkan anak-anak menyertai aktitiviti-aktiviti ko-korikulum sekolah yang melibatkan rasa tanggungjawab atau dapat melatih tanggungjawab dalam diri mereka juga. Lepas tu beri kebenaran anak-anak cuba bercucuk tanam ataupun membela haiwan peliharaan. Kena ingat ek? Membimbing itu berbeza dengan mengarah.

Bantu Anak-Anak Untuk Ingat
Ibu bapa kalau dah bagi tanggungjawab pada anak-anak kena bantu jugak anak-anak untuk ingat. Kadang-kadang anak-anak ni bila sesuatu yang baru bagi mereka dan mereka tak biasa buat, akan terlupa. Sebab baru jer bermula nak jadi rutin bagi mereka kan? Buat jadual tugas dan tampalkan di dinding dan minta anak-anak untuk lihat serta baca jadual tugas tersebut bila bangun dari tidur pada waktu pagi atau sebelum tidur pada waktu malam atau pada bila-bila masa yang bersesuaian. Tampal di tempat yang senang dilihat oleh anak-anak. Peringatan secara verbal juga penting tapi janganlah sampai ke tahap yang boleh dikategorikan sebagai membebel. Kita sendiri pun bosan dengan orang membebel kan? Makanya, faham-faham ajerlah...Hik hik hik... 

Buatkan Anak Sedar Kesan Sesuatu Perkara Sendiri
Katalah anak-anak kita terlupa siram pokok bunga yang mereka tanam...pokok bunga tu mati... anak mengadu dengan kita... Kita beritahu mereka mungkin itu adalah dari kesilapan mereka sendiri kerana tidak menjaga pokok bunga tersebut dengan betul. Sama jugak dengan haiwan peliharaan. Kalau haiwan tu hilang ataupun sakit ataupun mati... kita beritahu pada anak, mungkin perkara tersebut berpunca dari penjagaan yang tidak betul. Ataupun..bila mereka terjatuh atau tercedera disebabkan terpijak atau terlanggar barang permainan yang bersepah-sepah... beritahu mereka yang bila barang permainan tidak dikemaskan setelah bermain ianya akan mengundang bahaya.

Beri Maklum Balas Dengan Cara Yang Sewajarnya 
Ibu bapa adalah jurulatih dalam hidup anak-anak. Kita tak boleh jadi pemenang untuk anak-anak dalam pertandingan kehidupan ni. Kita cuma boleh berikan mereka panduan dan bimbingan. Sebab tu komunikasi dengan anak-anak tu penting. Puji mereka dan berikan ganjaran yang sewajarnya bukan terlebih-lebih. Puji tindakan dan usaha menandakan kita sedar dan tau anak-anak kita berusaha keras untuk mencapai sesuatu. Elakkan berikan duit pada anak-anak untuk tanggungjawab yang telah dilaksanakan bagi rutin harian di rumah.... Yang ni Farah pernah kongsikan di dalam entri MEMOTIVASI ANAK TANPA MENGGUNAKAN WANG DAN HADIAH. Sebaliknya, beri ganjaran dalam aktiviti yang menyeronokkan semasa hujung minggu. Kongsikan pendapat kita sebagai ibu bapa tentang kesilapan mereka dan benarkan mereka untuk memutuskan bagaimana nak perbaiki di masa akan datang. Yang penting, maklum balas kita sebagai ibu bapa, kita kena berikan secara konsisten kepada anak-anak dan tidak mengelirukan anak-anak.

Sumber: www.bubblynotes.com/2014/11/melatih-anak-bertanggungjawab.html