Tips Bagaimana Hendak Menjadikan Anak-Anak Mendengar Kata

2 September 2014

Salam semua, Maaf kerana lambat memasukkan notes in ke dalam page saya. Walaupun ini sangat terlambat, janji tetap janji. Saya berharap anda mendapat menafaat.

Hari ini saya akan berkongsi tips untuk membolehkan anak-anak mendengar kata-kata kita. Namun, sebelum saya menulis mengenai itu, pertamanya saya mahu setiap diantara anda bertanya diri mengapa anda hendak anak-anak mendengar kata-kata anda? Apakah matlamat yang hendak dicapai? Ada yang mungkin menjawab, untuk keselamatan dan kesenangan mereka. Ada pula yang menjawab sebab sudah pening dengan kerenah mereka dsb. baru-baru ini semasa mengendalikan sesi " Keibubapaan Berjaya" untuk sekumpulan wanita gigih aitu ibu tunggal dan tinggal, soalan seperti ini diutarakan oleh beberapa orang diantara mrk. Maka seperti di dalam sesi itu juga sy akan bertanya; Mengapa anda hendak anak-anak mengikut kata?


Sedikit latar belakang 

Pertama sebelum kita meminta anak-anak mendengar kata kita, kita mesti jelas sejelasnya bahawa kita ini juga manusia dan kita tidak tahu semua perkara. Ada kemungkinan anak-anak kita lebih tahu dan mrk berusaha memberi kita faham keadaan mereka.

Kedua, kita juga mesti jelas, anak-anak yang taat dan mendengar kata itu sahaja anak anak yang baik dan tidak semestinya anak-anak yg nampak mendengar kata itu baik dan akan berjaya. Adakalanya, mrk mendengar kata krn takut dimarah dan mrk terpaksa mengenepikan keperluaan diri mrk. Jika ini yg terjadi maka anak-anak ini adalah satu 'Time Bomb' yg boleh meletup bila2 masa sahaja terutamanya bila mrk menyedari mrk sudah besar dn tidak memerlukan kita!

Ketiga, bila anak-anak dipaksa mendengar kata-kata kita, itu juga boleh membawa kpd anak-anak itu membesar tanpa pandai utk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Ini akan membuat anak-anak itu menjd org dewasa yang ‘cacat’.

Keempat, kita mesti menyedari bahawa dunia tidak sama lagi. Anak-anak zaman ini adalah anak-anak Meliana – Millennium. Corak mrk berfikir tidak sama dgn anak-anak zaman industri atau baby boomers. Kita boleh lebih kurang lihat trend corak berfikir dan bertindak setiap generasi;

- Baby Boomer 1941-1965 – Taat dan patuh

- X generation 1966-1975 - Ketidakpuasan hati dan mahu sesuatu perubahan

- Y generation 1976- 1995 - Suka bertanya dan mahu mengetahui sesuatu dpd the basic principle. - Perkataan yg paling mrk suka sebut ialah WHY.

- Z Generation 1997-2006 - Sangat bijak negotiate dan memujuk sehinggakan kita tidak perasan yang sebenarnya mrk telah memperdayakan kita : ) contoh, kita menyuruh mrk mandi. Mrk meminta ‘lima minit lagi boleh mummy?’ minta dgn baik-baik. Kita pun memberi mrk 20 minit lg dan reward them for ikut ckp kita. Walhal, they were suppose to take their bath, 20 minutes ago ; )

- Millennium Generation - Strong minded – yg boleh disalah fahamkan sebagai degil. Dan juga boleh menjadi degil tidak bertempat jika ibubapa tidak pandai mendidik. Memaksa mrk mendengar cakap dgn mengugut dan marah2 bukanlah caranya. Ini boleh menjdikan mrk ini menjadi lebih degil.

Ternyata, keibubapaan ini bukanlah semudah yang kita sangkakan. Bila kita memahami sedikit sebanyak ilmu seperti yang saya kongsikan di sini, kita boleh berlapang dada dan faham bahawa anak-anak kita bukan degil dan kita bukan ibubapa yang teruk!

Setiap orang ada cara untuk melenturnya. Setiap generasi juga begitu. Bagi anak-anak generasi baby boomers, bila mrk diminta taat dan patuh, dan kita puji mrk gembira dihargai. Namun, bg gen X itu menunjukkn satu kelemahan. Mrk mahu dipuji diatas kelainan mrk. Keberanian mrk melakukan sesuatu yg berbeza. Gen Y pula, bebesar hati bila kita menjawab segala soalan mrk dan menghargai pertanyaan mrk. Gen Z pula gembira bila mrk boleh negotiate dan kita galakkan mrk negotiate dgn kita. Oleh itu mseti bijak di sini. Jika anda hendak anak ini mandi pada pukul 7 tepat, Jgn pd masa itu sudah menyuruh, suruh pd pukul 6.45 dan dia akan minta anda beri dia 5 minit, maka anda beri dia 15 min, dia rasa ibu atau bapanya sgt menghargai dia. Walhal, anda dah tahu kekuatan dan kelemahannya and you are at the top of the game : ) 

Anak-anak Melinia pula suka bila kita menghargai strong mindednessnya. Oleh itu jgn selalu sangat melarang, tapi beri dia option. Sebab, kebanyakan mrk ini masih kecil, maka anda boleh beri mrk buat pilihan utk benda2 yg simple. Contohnya, abang nak tidur sekarang atau satu jam lagi? Dia akan jawab 1 jam lg. Kemudian u cakap, hmm, atu jam lagi mama kena telefon nenek kononnya – hmm..apa kata abang tidur skr and sbb abang sacrifiies, mama bacakan abang cerita, atau kita main-main ….. ( apa permainan kegemarannya). Dengan cara ini anda boleh mendapat kerja sama dpdnya.

Ingat kecuali gen baby boomers, semua generasi lain tidak lagi taat dan patuh. Oleh itu bila mrk tidak mendengar kata bukan mrk degil tetapi mrk telah belajar mengekpres kepentingan diri mrk.

Our focus is not abt getting them to follow us but to cooperate with us. Bukan dgr ckp tapi bekerjasama dgn kita. Dan bila kita menghargai mrk mrk akan belajar menghargai kita. Maka tidak mendengar ckp, bukan lagi isu di dalam kita membesarkan mrk.

Salam Kasih

Ehsan Dari FB,
Professor Dr Rozieta Shaary