Tips Tangani Anak Panas Baran


11 Jun 2013


Assalamualaikum buat pembaca budiman semua.

Saya merasa amat terpanggil untuk berkongsi dengan anda tips-tips yang terbaru berkaitan pendidikan anak-anak. Saya juga sebagai seorang bapa cukup merasai bagaimana mencabarnya tugas dan tanggungjawab ibubapa hari ini.

Saya berkongsi sedikit berkaitan pelayar yang melawat blog ini setiap hari. Puratanya sekitar 150 kali sehari. Ini menunjukkan betapa ibubapa hari ini amat memerlukan panduan dan dorongan untuk mendidik anak-anak.

Saya ingin berkongsi satu tips untuk mengatasi anak yang panas baran. Perkongsian ini merujuk kepada penulisan Sdr Rashidah Mustaffa dalam SOLUSI keluaran 42 mukasurat 30 – 31. Bagus untuk dibaca oleh semua ibubapa.

Antara sebab yang menjadi anak-anak panas baran ialah :

1. Faktor genetik.
2. Rasa lapar.
3. Keletihan.
4. Tidak mendapat apa yang dikehendaki.
6. Tidak mendapat perhatian.

Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :

1. Marah kerana Allah SWT.
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.
3. Sentiasa ingat Allah.
4. Perbanyakkan ta’awwuz.
5. Berdiam diri.
6. Tenangkan dan ubah posisi.
7. Menghukum.
8. Hayati sirah Nabi SAW.

Tips untuk anak panas Baran:

1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya bagi mereka kismis mengikut bilangan ganjil.
3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada diluar rumah pada waktus senja sehingga Isyak.
4. Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan Surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut dan juga jadikan minumannya.

Untuk bacaan lanjut sila rujuk kepada Majalah Solusi keluaran 42.

Semuga bermanfaat untuk pembaca budiman.

Ketua Editor AnakkuSoleh.Wordpress.com