Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak

27 April 2013

Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen, 

Menimbangkan bahawa, mengikut prinsip-prinsip yang diproklamasikan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pengiktirafan kemuliaan yang sedia ada dan hak-hak yang sama rata dan tidak terpisah bagi seluruh ahli keluarga manusia ialah asas kebebasan, keadilan dan keamanan di dunia, 

Mengingati bahawa rakyat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah, dalam Piagam, sekali lagi mengesah kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia dan kemuliaan dan nilai diri manusia, dan telah bertekad untuk menggalakkan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, 

Mengiktirafkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah, dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan dalam Waad-Waad Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia, memproklamasikan dan bersetuju bahawa tiap-tiap orang berhak untuk mendapat semua hak dan kebebasan yang dinyatakan dalamnya, tanpa perbezaan apa jua pun, seperti bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, asal-usul bangsa atau sosial, harta, status kelahiran atau status lain.

Baca penuh  ✔