Didik Anak Sujud Syukur dan Doa Sebelum Berbuka

7 Ogos 2012

Menyambut kemeriahan Ramadhan, sama-samalah kita latih  anak-anak  mengucap syukur dengan sujud syukur. Sambutlah Ramadhan dengan sujud syukur sebagai tanda berterima kasih kepada Allah kerana DIA masih memberi kita peluang untuk menikmati keindahan dan keberkatan Ramadhan. Rasailah indahnya perasaan sebak ketika sujud... Inilah kegembiraan dan kemeriahan yang sebenarnya..jiwa yang puas dan ingin dipuaskan dengan kerinduan kepada redha Allah s.w.t... InsyaAllah  


Subhanallah~ manfaat sujud... makin sihat, jiwa, mental & fizikal!

Dari Abu Bakar  RA , "Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada  Allah s.w.t"  (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi  Rasulullah s.a.w sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf sekiranya  Rasulullah saw.  uzur..., mungkin baginda dipanggil Tuhan tiba-tiba. Abdul-Rahman bin Auf segera  mendatangi  Rasulullah s.a.w  untuk mengetahui keadaan sebenarnya.  Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya... Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda  yang  bermaksud :

" Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka  Allah s.w.t . akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau, maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya... Mendengar hal itu, maka aku ( Rasulullah s.a.w) terus melakukan sujud kepada Allah s.w.t sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Para Sahabat, tabieen, salafus  soleh dan para ulamak muktabar  sering  melakukan sujud syukur apabila mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah  antara manifestasi untuk menzahirkan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah s.w.t .

Cara Sujud Syukur

Sujud syukur itu  dibuat secara spontan (seketika) apabila  mendapat nikmat atau menerima berita  baik. 
Caranya sama seperti  sujud  ketika  solat. Boleh dilakukan tanpa wudhu, ketika  berhadas (haid) dan di mana sahaja, tidak semesti di tempat solat. Boleh sujud di padang, di pasar raya, di pejabat, di kebun, di pantai, dalam kelas dan seumpamanya  di tempat bersih..bukan di tandas  dan tempat bernajis..


Tidak ada bacaan  khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu.

Menurut  Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam.

Ada juga sesetengah Ulama yang  berpendapat bahawa  sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Setiap kali  sebelum  berbuka puasa peruntukkan  15 minit  baca doa  dengan suara yang lembut dan boleh didengari oleh anak-anak. Beri peluang kepada ibu dan anak-anak catat/ tulis  sediakan  doa dan bacakan doanya  sebelum berbuka. InsyaAllah moga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna untuk mendapat keredhaan  Allah s.w.t.

Sumber: http://tawanhatianakmu.blogspot.com/2012/07/didik-anak-sujud-syukur-dan-doa-sebelum.html