Tips keluarga bahagia

20 Mei 2012


Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup berkeluarga. Antara tanda yang dapat kita ketahui adakah keluarga kita bahagia? jawapannya ialah apabila kita merasai bahawa hati kita merasa tenang. Kemudian ketenangan itu kita akan rasai secara berterusan tanpa kita sedari. Fitrah manusia sudah tentunya inginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi tidak hairanlah ramai manusia yang mengamalkan pelbagai teknik dan cara supaya mendapatkan kebahagiaan yang diidam-idamkan.

Sebelum berusaha dengan pelbagai teknik yang dirasakan berkesan, terlebih dahulu langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan sentiasa berdoa pada waktu-waktu yang mustajab digalakkan berdoa terutama sekali pada ketika selepas solat fardhu. Sentiasalah memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan keluarga yang bahagia dan hidup dengan harmoni. Doanya seperti berikut:


Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)