Konsisten Puluhan Tahun Tanpa Jemu Mendidik Generasi Pewaris Negara Yang Bertaqwa


Untuk Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi

Hubungi 017-6425096 (Guru Besar / Penyelia)
|| 03-41054924 (HQ)
|| 03-41051443 (Cawangan Keramat AU5C)
|| 013-2799879 (APC Taman Melawati, Kuala Lumpur)
|| 016-2862792 (Cawangan Kampus UiTM Perubatan Selayang) 
atau melalui e-mail
 

MEMO KEPADA : IBU BAPA / PENJAGA

MEMO ke I TAKWIM 2017 / 2018
  1. MAULIDUR RASUL 20 JAN 2017 (JUMAAT)
  2. MINI SUKANEKA 12 MAC 2017 (AHAD)
  3. LAWATAN 29 APRIL 2017 (SABTU)
  4. UJIAN PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN (TADIKA) 8-12 MEI 2017 (ISNIN-JUMAAT)
  5. PERJUMPAAN IBUBAPA (PENYERAHAN KAD LAPORAN TADIKA)20 MEI 2017 (SABTU)
  6. MAJLIS AIDILFITRI DAN PAMERAN KERJA TANGAN ANAK-ANAK 8 JULAI 2017 (SABTU)
  7. SIMULASI HAJI CILIK 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
  8. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN (TADIKA) 15 SEPTEMBER 2017
  9. SESI FOTOGRAFI (TADIKA, TASKA & APC) 25, 26 & 27 SEPT 2017 (ISNIN - RABU)
  10. PERSEMBAHAN & MINI KONVOKESYEN (TADIKA, TASKA, APC & UITM SELAYANG) 29 OKTOBER 2017
  11. PENILAIAN AKHIR TAHUN (TADIKA) 6-9 NOVEMBER 2017 (ISNIN - KHAMIS)
  12. PERJUMPAAN IBUBAPA (PENYERAHAN KAD LAPORAN TADIKA) 25 NOVEMBER 2017 (SABTU)
  13. PROGRAM CUTI SEKOLAH 27 NOV - 8 DIS 2017 (9 HARI)

 MEMO ke II JADUAL CUTI
  1. CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 27-30 JUN 2017 (SELASA-JUMAAT)
  2. CUTI HARI RAYA QURBAN 30 OGOS - 3 SEPT 2017 (RABU-AHAD)
  3. CUTI HARI KEPUTRAAN SULTAN SELANGOR 11 DISEMBER 2017 (ISNIN)
    NOTA: CUTI AM ADALAH SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN KERAJAAN MALAYSIA, KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN YANG TELAH DIWARTAKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
 MEMO ke III PENDIRIAN TASKA BERHUBUNG KENAIKAN
BAHARU YURAN TASKA SELURUH NEGARA (TARIKH: 14 APRIL 2013)

  1. Untuk makluman pihak ibu bapa dengan ini menyatakan harga semasa taska di seluruh negara telah dinaikkan, namun pihak pengurusan telah mengadakan perbincangan dan telah merumuskan untuk menawarkan yuran seperti yang telah di edarkan melalui pekeliling kepada ibu bapa.

    Sila rujuk petikan akhbar Harian Metro berikut: http://www.hmetro.com.my/articles/2013041208352620130412083526/Article



Selamat datang ke Pusat pendidikan Tadika / Taska Tunas Ilmu. Di sini kami menyediakan perkhidmatan berkualiti transit pelajar sekolah rendah (+ makan tengahari & mandi), pra-persekolahan dan asuhan anak-anak seawal usia 2 bulan. Pusat pendidikan Tadika / Taska Tunas Ilmu berdaftar dengan pelbagai agensi kerajaan.

Berbekalkan pengalaman mendidik anak bangsa lebih 20 tahun dengan yuran kami yang kompetetif adalah mengapa pusat asuhan kami mendapat perhatian ramai ibu bapa yang inginkan pelaburan pendidikan mampu yang sempurna untuk anak-anak mereka.

Hubungi mana-mana cawangan seperti yang tertera di bahagian kanan laman kami sekarang! (PS: Maklumkan anda melihat informasi dari laman ini).





Khidmat Komuniti (Video ehsan dari UNICEF Malaysia)
THE CLOCK IS TICKING

SEX ABUSE

PHYSICAL ABUSE

NEGLECT


BREAK THE SILENT


ARE YOU ABUSED

ALL ALONE

Artikel      .     Buletin      .      Aktiviti

Pendidikan Awal Kanak-Kanak - Perlukah Anak Pandai Membaca Seawal 7 Tahun?

18 Januari 2018

SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca? 

Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?  

Tips Beli Keperluan Anak Masuk Sekolah, Apa Nak Beli?

8 Disember 2017

Mama dan papa dah beli keperluan sekolah anak-anak? Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1 mungkin lebih risau memikirkan keperluan persekolahan yang perlu dibeli..

Di sini Admin kongsikan serba sedikit senarai keperluan persiapan sekolah anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah rendah pada tahun hadapan.

Untuk ibu bapa yang anak-anak mereka bakal bersekolah pada tahun hadapan seeloknya menyediakan persiapan persekolahan lebih awal..haa..kalau sekarang ni dah siap semuanya baguslah..kenapa kene siapkan awal-awal?

Sebabnya...

1) Baju atau uniform sekolah yang dijual selalunya cepat habis saiz. So, bimbang nanti anak kita terpaksa pakai saiz apa yang ada je..tak comey la kan..kalau beli lebih awal, saiz tak sesuai pun kita masih ada masa untuk tukar atau ubahsuai..

Keruntuhan Akhlak Remaja Masa Kini

13 November 2017
Bersama Tangani Gejala Keruntuhan Akhlak - Gambar Hiasan

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak isu berkaitan dengan masalah sosial yang sering melibatkan remaja. Megapa keadaan ini berlaku? Ini disebabkan di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkait dengan kelompok ini juga banyak. Terdapat pelbagai faktor menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, pelbagai cadangan, aktiviti dan program bagi mengatasi masalah sosial ini telah diutarakan oleh pelbagai pihak.

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

11 Oktober 2017
 Gambar Hiasan
Oleh: Lokman Mohd Hashim
 
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.  Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. 

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.


Permainan Harus Bersifat Ringkas

14 September 2017

WANITA itu kelihatan tekun melayari laman web terutama berkaitan keibubapaan. Matlamatnya hanya satu iaitu mencari maklumat berkaitan alat-alat permainan yang sesuai untuk anak-anaknya.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 33, perlu memastikan alat-alat permainan yang dibeli tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Pada masa sama, alat permainan berkenaan dapat membantu perkembangan otak dan fizikal anaknya, Eleesya Nur Jasmin Mohd. Juan Affendi, 3, dan Juan Erfan Mikhail, 2.

Antara ciri-ciri permainan yang akan dibeli perlulah sesuai dengan usia agar keselamatan anak-anaknya juga turut terpelihara.

Amalan Ibubapa Semasa Anak Dalam Dewan Peperiksaan

10 Ogos 2017


Bila anak-anak sedang menduduki peperiksaan, ibubapa juga turut terheret sama. Resah gelisah, risau takut anak tak dapat jawab soalan dan sebagainya sering menghantui.

Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang menduduki peperiksaan.

Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah.

Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.


Pendidikan Anak Tanggung Jawab Siapa?

8 Julai 2017
Oleh: Abdullhah al-Jakarty
Gambar Hiasan

Orang tua mempunyai kewajiban dalam mendidik anak-anaknya dengan pendidikan yang benar, pendidikan yang sesuai syari’at, namun kalau kita melihat realita dari orang tua kaum muslimin banyak diantara mereka melalaikan hal ini sehingga dampak jelek atau buruk akibat melalaikan hal ini menimpa mereka, seperti anaknya menjadi anak yang tidak nurut, atau ngelawan dan durhaka kepadanya atau dampak jelek lainnya yang kembalinya yang pertama adalah kelalaian orang tua dalam mendidik anaknya dengan baik. anak merupakan amanah yang Allah amanahkan kepada kita Allah Subhaanahu wata’ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَخُونُوا اللهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“ Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahuinya ” (QS. Al-Anfaal : 27)

Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Setiap kalian adalah pemimpin dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang suami pemimpin dirumahnya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan seorang istri pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya”. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar Radiyalallahu ‘Anhu)

 Dan dalam riwayat Muslim : “Dan anakmu mempunyai hak atasmu”.

Banyak bentuk-bentuk pelalaian atau kesalahan pendidikan anak yang dilakukan oleh orang tua diantaranya.

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

20 Jun 2017
Oleh: Pn Zaidah Bt Hamidon

Gambar Hiasan - Pelajar Cemerlang Bersama Ibu Bapanya

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan dan lain-lain.